BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 18, 2011

Bayangan semalam...

Fina memberhentikan kereta tatkala melihat sebuah kedai menjual barangan pekakas dapur. Bukan apa, dia cuma hendak melihat-lihat harga satu set alat pengukus disitu. Sudah lama dia teringin mempunyai alat itu tetapi sebelum ini dia terpaksa melupakan niat tersebut kerana kekurangan duit. Semenjak kehilangan insan tercinta setahun yang lepas, Fina terpaksa meneruskan hidup dia dengan membuka sebuah kedai kek di sebelah rumahnya. "Cik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?"tanya pekerja kedai tersebut. "Saya saja nak tengok-tengok pengukus ni. Kalau ada bajet, baru saya beli,"jawab Fina ramah.

Sesudah membeli apa yang dikehendaki, Fina memecut laju kenderaannya ke stesen minyak. Baru dia sedar bahawa minyak kereta tinggal sedikit sahaja. Dalam masa yang sama, sebuah kereta myvi hitam berhenti di tempat letak angin kereta. Tuan punya kereta itu sekadar melilau matanya melihat gerak geri Fina. Sudah lama dia mengekori kereta kelisa putih Fina itu tetapi dia masih belum menemui jawapan. Dia perlu tahu kebenarannya secepat yang mungkin. Selesai mengisi minyak, Fina kemudian memecut kereta ke rumahnya pula.......(bersambung)...^__^